Friday 25 November 2022

Kelangsungan kelestarian negara melalui etika dan peradaban (video)

 Video




Disediakan oleh:
  1. Jery Stegen Empam Anak Steward (20DKM20F1038)
  2. Gabriel Harry Anak Joseph (20DKM20F1035)
  3. Tay Nguang Poh (20DKM20F1047)



Kajian lepas berkenaan dengan cabaran kelestarian etika dan peradaban (Mohammad Affendy Omardin & Nazirah Zainul Abidin )

 Kajian lepas

Tajuk   :  KONSEP DAN AMALAN KESEDARAN TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR DI PERINGKAT AWALAN PROJEK PEMBINAAN MELALUI FASA PENGURUSAN NILAI

Penulis:  Mohammad Affendy Omardin & Nazirah Zainul Abidin 
               Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan  dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia. 
Link    :  http://eprints.usm.my/37782/1/sspis_2014_ms173_-_194.pdf        
Email  :  phdaffendy@gmail.com.my

Ringkasan: 
  • Pembangunan pesat sesebuah komuniti amat diperlukan untuk meningkatkan ekonomi terutama dalam melibatkan industri pembinaan.Namun, kealpaan dalam mengejar pembangunan yang pesat seringkali mengabaikan aspek kelestarian alam sekitar. Menyedari akan pentingnya kelestarian alam sekitar dalam sektor pembinaan maka, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan mengkaji tahap keprihatinan kelestarian alam sekitar dan pengamalan menerusi projek pembinaan di peringkat pra-pembinaan. Seramai 151 orang ditemubual daripada pengamal industri pembinaan telah dipilih sebagai responden menggunakan kaedah pensampelan sistematik. Maklumat dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Lebih daripada 75% responden mempunyai tahap keprihatinan kelestarian alam sekitar yang tinggi tetapi tahap amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan responden adalah sederhana. Kebanyakan responden mempunyai pengalaman dalam mengendalikan isu-isu alam sekitar. Responden mempunyai persepsi yang positif isu kelestarian dan kesan-kesan terhadap pencemaran alam sekitar yang disebabkan pengamalan serta pengalaman mentadbir dalam industri pembinaan. Analisis mendapati terdapat perkaitan yang positif dan signifikan di antara tahap keprihatinan alam sekitar dan amalan kelestarian. Ini bermakna semakin tinggi tahap keprihatinan alam sekitar, semakin tinggi tahap amalan kepenggunaan kelestarian alam sekitar dalam aktiviti pra-pembinaan. Hasil kajian ini memberi implikasi bahawa pengamalan kelestarian alam sekitar di peringkat pra-pembinaan iaitu di peringkat perancangan dan rekabentuk melalui projek pembinaan boleh membantu kesedaran terhadap kelestarian dengan lebih efektif.




Disediakan oleh:
  1. Jery Stegen Empam Anak Steward (20DKM20F1038)
  2. Gabriel Harry Anak Joseph (20DKM20F1035)
  3. Tay Nguang Poh (20DKM20F1047)

Kajian lepas berkenaan dengan cabaran kelestarian etika dan peradaban (Luqman Hasiff)

 KAJIAN LEPAS

Tajuk            :Cabaran kelestarian etika dan peradaban
Penulis         :Luqman Hasiff
Link             :https://prezi.com/p/we-k-d9qohe9/cabaran-kelestarian-etika-dan-peradaban/
Ringkasan    : 

1. Kos pengurusan 
  • Kos pengurusan dalam mengendalikan alam sekitar adalah besar dengan nilai jumlahnya sebesar 2.71 billion dan ia akan terus meningkat tahun ke tahun.
2. Kelemahan sistem pendidikan negara
  • Pendidikan adalah kaedah terbaik dalam memperkasakan sifat sayang kepada alam sekitar, namun terdapat juga kelemahan dari sudut kesedaran untuk mengajar dan mempelajari tentang alam sekitar yang perlu diambil berat oleh masyarakat dan sekolah.
3. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang
  • kekurangan tenaga kerja dan orang mahir dalam bidang alam sekitar telah menyebabkan karenah birokrasi di dalam pentadbiran negara.
4. Cabaran, politik dan ekonomi.
Politik: ia dipengaruhi oleh sesebuah negara atau negara diambil alih oleh lain dan mempengaruhi pengurusan sesebuah organisasi seperti yang berlaku di Pulau Pinang.
  • Ekonomi: Kewangan adalah sumber penting untuk menjaga alam sekitar maka dengan ekonomi yang tidak menentu alternatif lain diperlukan seperti membuka sektor pelancongan dan sebagainya.



Disediakan oleh:
  1. Jery Stegen Empam Anak Steward (20DKM20F1038)
  2. Gabriel Harry Anak Joseph (20DKM20F1035)
  3. Tay Nguang Poh (20DKM20F1047)

Kesimpulan bagi kelangsungan kelestarian etika dan peradaban

 

Kesimpulan

Impak kedatangan penjajah telah mewujudkan dimensi baharu dalam etika dan peradaban di Malaysia yang merangkumi pelbagai aspek. Etika peradaban Malaysia yang dinamik menunjukkan sesuatu cabaran dalam dalam mengekalkan kelestarian etika dan peradaban. Oleh itu, kita haruslah bersatu padu dalam memantapkan kelestarian etika dan peradaban Malaysia.




Disediakan oleh:
  1. Jery Stegen Empam Anak Steward (20DKM20F1038)
  2. Gabriel Harry Anak Joseph (20DKM20F1035)
  3. Tay Nguang Poh (20DKM20F1047)

Cabaran bagi kelestarian etika dan peradaban dari segi sains dan teknologi

 

Cabaran sains dan teknologi

  • Sains dan teknologi adalah sebahagian daripada keperluan penting kehidupan manusia sejak bermulanya zaman revolusi sains.
  • Teknologi yang ada pada hari ini sememangnya membawa banyak manfaat kepada manusia, namun terdapat sisi gelap sains dan teknologi yang boleh meruntuhkan kehidupan manusia apabila ia disalahgunakan. 
  • Terdapat isu-isu tidak beretika yang berlaku dalam dunia sains dan teknologi yang jika tidak diperbaiki akan menyebabkan kepada kehancuran peradaban.
  • Antara isu-isu sains dan teknologi yang perlu diberi perhatian adalah;
  1. Isu-isu etika dan profesionalisme dalam kalangan saintis dan penyelidik.
  2. Penggunaan drone, satelit dan teknologi militari dalam peperangan massa.
  3. Penyelidikan dan pembangunan berasaskan kehendak dan bukan keperluan manusia. 
  4. Penggunaan bahan-bahan kimia terlarang dalam pembuatan ubat-ubatan. 
  5. Monopoli syarikat-syarikat besar dalam penjanaan kekayaan berkaitan sains dan teknologi. 



Disediakan oleh:
  1. Jery Stegen Empam Anak Steward (20DKM20F1038)
  2. Gabriel Harry Anak Joseph (20DKM20F1035)
  3. Tay Nguang Poh (20DKM20F1047)

Cabaran bagi kelestarian etika dan peradaban dari segi alam sekitar

Cabaran alam sekitar

  • Etika dan peradaban juga berkait secara langsung dengan alam sekitar.
  • Alam sekitar yang berdaya huni dan selamat memberi gambaran bahawa manusia di sesuatu kawasan mengambil berat akan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  • Manusia yang beradab dan beretika akan sentiasa menjaga persekitaran dan lingkungannya untuk generasi yang akan datang.
  • Tanpa etika dan integriti, alam sekitar tidak akan dapat dipertahankan.
  • Antara isu dan cabaran dalam konteks alam sekitar adalah;
  1. Pencemaran laut, udara dan darat.
  2. Eksploitasi sumber-sumber alam sekitar secara tidak terkawal dan haram.
  3. Isu-isu biodiversiti.
  4. Kepupusan pelbagai spesis fauna dan flora akibat perubahan iklim.
  5. Kehidupan flora dan fauna yang terancam akibat pembalakan, pertanian pindah dan pemburuan haram.

 


Disediakan oleh:
  1. Jery Stegen Empam Anak Steward (20DKM20F1038)
  2. Gabriel Harry Anak Joseph (20DKM20F1035)
  3. Tay Nguang Poh (20DKM20F1047)

Cabaran bagi kelestarian etika dan peradaban dari segi psikologi dan pembinaan karakter


 Cabaran psikologi dan pembinaan karakter

  • Tanpa jati diri yang kukuh dan ampuh sesuatu bangsa itu akan ketinggalan jauh ke belakang.
  • Keutuhan jati diri adalah nilai-nilai dalaman yang kuat dan kukuh seperti rajin, yakin diri, positif, kreatif, inovatif, gigih, bersih, jujur dan berintegriti yang dapat diterjemahkan menerusi nilai-nilai luaran.
  • Antara isu-isu penting berkaitan cabaran psikologi dan pembinaan karakter adalah seperti berikut:
  1. Pembinaan jati diri bangsa Malaysia.
  2. Mengurangkan stereotype, prejudis, etnosentrisme dan bias antara kaum.
  3. Meningkatkan semangat ‘kesatuan dalam kepelbagaian’ (budaya dan nilai bersama yang boleh dikongsi)
  4. Minda kelas pertama lawan minda kelas ketiga.
  5. Keutuhan moral dan integriti.



Disediakan oleh:
  1. Jery Stegen Empam Anak Steward (20DKM20F1038)
  2. Gabriel Harry Anak Joseph (20DKM20F1035)
  3. Tay Nguang Poh (20DKM20F1047)

Cabaran bagi kelestarian etika dan peradaban dari segi globalisasi

 

Cabaran globalisasi

  • Globalisasi boleh memberi impak positif dan negatif dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah etika dan peradaban manusia.
  • Bagaimana pun, dalam konteks etika dan peradaban khususnya pada zaman Revolusi Industri 4.0, kesannya sangat besar akibat daripada penggunaan total teknologi maklumat yang merentasi pelbagai bidang.
  • Antara cabaran-cabaran besar yang akan dihadapi oleh pembangunan etika dan peradaban adalah;
  1. Data dan maklumat raya yang tidak ditapis dan berlegar-legar dalam ruang terbuka yang sangat mudah diakses oleh pengguna pelbagai golongan.
  2. Idea-idea negatif seperti sekularisasi, ajaran sesat dan liberalisasi yang mudah disebar luaskan tanpa sekatan.
  3. Kebebasan bersuara tanpa batas dalam dunia tanpa sempadan menerusi pelbagai platform media sosial.
  4. Meningkatkan gejala buli dalam ruang siber yang terbuka.
  5. Penyebaran budaya barat yang lebih meluas (punk, skinhead, black metal, underground dan sub-budaya seperti indie dan hipster) dan penguncupan budaya setempat.



Disediakan oleh:
  1. Jery Stegen Empam Anak Steward (20DKM20F1038)
  2. Gabriel Harry Anak Joseph (20DKM20F1035)
  3. Tay Nguang Poh (20DKM20F1047)

Wednesday 23 November 2022

Cabaran bagi kelestarian etika dan peradaban dari segi sosial

 


Cabaran sosial

  • Apabila membincangkan aspek etika dan peradaban dalam konteks pembangunan sosial, aspek agama tidak boleh dikesampingkan.  
  • Dalam perspektif perkembangan tamadun, manusia yang mempunyai kepercayaan beragama mempunyai sumbangan yang besar terhadap tamadun manusia.
  • Pada masa kini, kehidupan masyarakat masih berpegang kuat kepada nilai-nilai yang sejagat merangkumi pelbagai aspek kehidupan termasuklah hidup berdisiplin, rajin bekerja, semangat kejiranan, menjaga kebersihan, memupuk budaya ilmu menerusi penyelidikan, penulisan dan rajin membaca, mengembalikan maruah bangsa, berdikari, kepimpinan melalui teladan, Bersih, Cekap dan Amanah dan lain-lain lagi.  
  • Antara cabaran sosial yang dihadapi oleh pembangunan etika dan peradaban adalah;

      1. Isu-isu berkaitan integriti di pelbagai sektor awam dan swasta.
      2. Pengukuhan perpaduan antara etnik dan integrasi nasional.
      3. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pemersatu rakyat.
      4. Penyebaran budaya barat.
      5. Kurang penghayatan agama.



Disediakan oleh:
  1. Jery Stegen Empam Anak Steward (20DKM20F1038)
  2. Gabriel Harry Anak Joseph (20DKM20F1035)
  3. Tay Nguang Poh (20DKM20F1047)

Cabaran bagi kelestarian etika dan peradaban dari segi ekonomi

 


Cabaran ekonomi

  • Cabaran ekonomi juga memberi impak kepada etika dan peradaban manusia.
  • Dalam perspektif Maslow dan Kohlberg, pemikiran etika tinggi berlaku apabila seseorang individu itu bebas daripada kepentingan-kepentingan peribadi dan pihak lain.
  • Tindakan dan keputusan etika yang dibuat adalah atas kesedaran diri yang tinggi.
  • Jika dilihat dari perspektif kedua-dua tokoh barat ini, Etika dan Peradaban berkadar terus dengan ekonomi iaitu apabila individu telah dapat memenuhi keperluan dan kehendaknya (asas, keselamatan, estim diri) maka barulah ia mencapai tahap kesempurnaan diri.
  • Antara cabaran ekonomi yang sedang dan akan terus dihadapi oleh pembangunan etika dan peradaban adalah;


Disediakan oleh:
  1. Jery Stegen Empam Anak Steward (20DKM20F1038)
  2. Gabriel Harry Anak Joseph (20DKM20F1035)
  3. Tay Nguang Poh (20DKM20F1047)

Cabaran bagi kelestarian etika dan peradaban dari segi politik


Cabaran politik 

  • Politik bukan hanya boleh menjatuhkan kerajaan yang kuat tetapi mampu melemahkan seluruh struktur dan elemen kuasa dan pentadbiran.
  •  Berikut adalah cabaran-cabaran besar yang mesti ditangani, iaitu;

1.     Pembinaan budaya politik dan demokrasi matang.

2.     Kebebasan bersuara dan pembinaan masyarakat sivil (madani).

3.     Kerajaan yang telus dan menjaga kepentingan nasional.

4.     Literasi politik dalam kalangan rakyat.

5.     Celik sejarah dalam kalangan rakyat.





Disediakan oleh:
  1. Jery Stegen Empam Anak Steward (20DKM20F1038)
  2. Gabriel Harry Anak Joseph (20DKM20F1035)
  3. Tay Nguang Poh (20DKM20F1047)

Monday 7 November 2022

Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban

 

PENGENALAN

  • Sejarah Malaysia moden pada hari ini adalah suatu kesinambungan sejarah peradaban yang telah bermula sejak seawal sebelum masihi lagi iaitu sebelum terbentuknya Tanah Melayu dan Malaysia moden.
  •  Tanah Melayu adalah sebahagian daripada kawasan yang luas terbentang yang dikenali sebagai Malay Archipelago.
  • Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka telah bermula pada tarikh 31 Ogos 1957, namun sebagai sebuah peradaban ia telah bermula sejak beratus tahun yang lalu.
  • Akar kepada kemenjadian Malaysia pada hari ini adalah apa yang telah dicorakkan sejak beratus tahun yang lalu oleh watan dan para leluhurnya.
  •  Justeru, melupakan kesinambungan sejarah lalu itu adalah suatu kesalahan dan keaiban yang sebenarnya merugikan bangsa Malaysia.   


KONSEP KETERLESTARIAN ETIKA & PERADABAN

  • Kelestarian atau kemapanan adalah terjemahan dalam bahasa Inggeris iaitu ‘sustainability’ (Nik Fuad dan Noraein, 2007).
  • Dalam bahasa latin dikenali ‘sustinere’ (daripada bawah) dan ‘tenere’ (tahan).
  • Keterlestarian secara umum bermaksud keupayaan mengekalkan sesuatu; memastikan kewujudan; atau ‘memanjangkan’.
  • Kehidupan yang mapan bermaksud penghidupan yang bermakna, produktif dan bertanggungjawab dengan mengimbangi keperluan ekonomi, budaya dan alam sekitar; untuk memenuhi keperluan hari ini tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang (Nik Fuad dan Noraein, 2007).
  • Keterlestarian etika dan peradaban bermaksud suatu usaha berkaitan etika, adab dan nilai-nilai baik yang bersifat lokal dan global oleh masyarakat Malaysia yang dilakukan secara sedar, konsisten dan berterusan.
  • Sungguhpun konsep lestari pada hari ini banyak diguna pakai dalam konteks pembangunan dan alam sekitar, namun konsep kelestarian ini juga yang sesuai dengan maksudnya boleh digunakan merentasi bidang seperti Etika dan Peradaban.


Terdapat 8 cabaran bagi kelestarian etika dan peradaban




CARA PENGGUNAAN BLOG



RUJUKAN

  • https://anyflip.com/fimpf/swvs/basic
  • https://tingkatanenam.blogspot.com/2018/07/kelestarian-alam-sekitar-maksud-kesan.html
  • https://www.researchgate.net/publication/305210204_KELESTARIAN_ALAM_SEKITAR_DAN_PEMBIAYAAN_TEKNOLOGI_HIJAU_DARI_PERSPEKTIF_UNDANG-UNDANG_SYARIAH
  • https://www.kosmo.com.my/2022/06/25/alam-flora-membudayakan-kelestarian-alam-sekitar/
  • https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/07/842264/kelestarian-alam-sekitar-petunjuk-kestabilan-ekonomi
Disediakan oleh:
  1. Jery Stegen Empam Anak Steward (20DKM20F1038)
  2. Gabriel Harry Anak Joseph (20DKM20F1035)
  3. Tay Nguang Poh (20DKM20F1047)

Kelangsungan kelestarian negara melalui etika dan peradaban (video)

 Video Disediakan oleh: Jery Stegen Empam Anak Steward (20DKM20F1038) Gabriel Harry Anak Joseph (20DKM20F1035) Tay Nguang Poh (20DKM20F1047)