Kajian lepas
Tajuk : KONSEP DAN AMALAN KESEDARAN TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR DI PERINGKAT AWALAN PROJEK PEMBINAAN MELALUI FASA PENGURUSAN
NILAI
Penulis: Mohammad Affendy Omardin & Nazirah Zainul Abidin
Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan,
Universiti Sains Malaysia.
Link : http://eprints.usm.my/37782/1/sspis_2014_ms173_-_194.pdf
Email : phdaffendy@gmail.com.my
Ringkasan:
- Pembangunan pesat sesebuah komuniti amat diperlukan untuk meningkatkan ekonomi terutama dalam melibatkan industri pembinaan.Namun, kealpaan dalam mengejar pembangunan yang pesat seringkali mengabaikan aspek kelestarian alam sekitar. Menyedari akan pentingnya kelestarian alam sekitar dalam sektor pembinaan maka, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan mengkaji tahap keprihatinan kelestarian alam sekitar dan pengamalan menerusi projek pembinaan di peringkat pra-pembinaan. Seramai 151 orang ditemubual daripada pengamal industri pembinaan telah dipilih sebagai responden menggunakan kaedah pensampelan sistematik. Maklumat dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Lebih daripada 75% responden mempunyai tahap keprihatinan kelestarian alam sekitar yang tinggi tetapi tahap amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan responden adalah sederhana. Kebanyakan responden mempunyai pengalaman dalam mengendalikan isu-isu alam sekitar. Responden mempunyai persepsi yang positif isu kelestarian dan kesan-kesan terhadap pencemaran alam sekitar yang disebabkan pengamalan serta pengalaman mentadbir dalam industri pembinaan. Analisis mendapati terdapat perkaitan yang positif dan signifikan di antara tahap keprihatinan alam sekitar dan amalan kelestarian. Ini bermakna semakin tinggi tahap keprihatinan alam sekitar, semakin tinggi tahap amalan kepenggunaan kelestarian alam sekitar dalam aktiviti pra-pembinaan. Hasil kajian ini memberi implikasi bahawa pengamalan kelestarian alam sekitar di peringkat pra-pembinaan iaitu di peringkat perancangan dan rekabentuk melalui projek pembinaan boleh membantu kesedaran terhadap kelestarian dengan lebih efektif.
Disediakan oleh:
- Jery Stegen Empam Anak Steward (20DKM20F1038)
- Gabriel Harry Anak Joseph (20DKM20F1035)
- Tay Nguang Poh (20DKM20F1047)
No comments:
Post a Comment