Wednesday 23 November 2022

Cabaran bagi kelestarian etika dan peradaban dari segi sosial

 


Cabaran sosial

  • Apabila membincangkan aspek etika dan peradaban dalam konteks pembangunan sosial, aspek agama tidak boleh dikesampingkan.  
  • Dalam perspektif perkembangan tamadun, manusia yang mempunyai kepercayaan beragama mempunyai sumbangan yang besar terhadap tamadun manusia.
  • Pada masa kini, kehidupan masyarakat masih berpegang kuat kepada nilai-nilai yang sejagat merangkumi pelbagai aspek kehidupan termasuklah hidup berdisiplin, rajin bekerja, semangat kejiranan, menjaga kebersihan, memupuk budaya ilmu menerusi penyelidikan, penulisan dan rajin membaca, mengembalikan maruah bangsa, berdikari, kepimpinan melalui teladan, Bersih, Cekap dan Amanah dan lain-lain lagi.  
  • Antara cabaran sosial yang dihadapi oleh pembangunan etika dan peradaban adalah;

      1. Isu-isu berkaitan integriti di pelbagai sektor awam dan swasta.
      2. Pengukuhan perpaduan antara etnik dan integrasi nasional.
      3. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pemersatu rakyat.
      4. Penyebaran budaya barat.
      5. Kurang penghayatan agama.



Disediakan oleh:
  1. Jery Stegen Empam Anak Steward (20DKM20F1038)
  2. Gabriel Harry Anak Joseph (20DKM20F1035)
  3. Tay Nguang Poh (20DKM20F1047)

No comments:

Post a Comment

Kelangsungan kelestarian negara melalui etika dan peradaban (video)

 Video Disediakan oleh: Jery Stegen Empam Anak Steward (20DKM20F1038) Gabriel Harry Anak Joseph (20DKM20F1035) Tay Nguang Poh (20DKM20F1047)