Monday 7 November 2022

Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban

 

PENGENALAN

  • Sejarah Malaysia moden pada hari ini adalah suatu kesinambungan sejarah peradaban yang telah bermula sejak seawal sebelum masihi lagi iaitu sebelum terbentuknya Tanah Melayu dan Malaysia moden.
  •  Tanah Melayu adalah sebahagian daripada kawasan yang luas terbentang yang dikenali sebagai Malay Archipelago.
  • Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka telah bermula pada tarikh 31 Ogos 1957, namun sebagai sebuah peradaban ia telah bermula sejak beratus tahun yang lalu.
  • Akar kepada kemenjadian Malaysia pada hari ini adalah apa yang telah dicorakkan sejak beratus tahun yang lalu oleh watan dan para leluhurnya.
  •  Justeru, melupakan kesinambungan sejarah lalu itu adalah suatu kesalahan dan keaiban yang sebenarnya merugikan bangsa Malaysia.   


KONSEP KETERLESTARIAN ETIKA & PERADABAN

  • Kelestarian atau kemapanan adalah terjemahan dalam bahasa Inggeris iaitu ‘sustainability’ (Nik Fuad dan Noraein, 2007).
  • Dalam bahasa latin dikenali ‘sustinere’ (daripada bawah) dan ‘tenere’ (tahan).
  • Keterlestarian secara umum bermaksud keupayaan mengekalkan sesuatu; memastikan kewujudan; atau ‘memanjangkan’.
  • Kehidupan yang mapan bermaksud penghidupan yang bermakna, produktif dan bertanggungjawab dengan mengimbangi keperluan ekonomi, budaya dan alam sekitar; untuk memenuhi keperluan hari ini tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang (Nik Fuad dan Noraein, 2007).
  • Keterlestarian etika dan peradaban bermaksud suatu usaha berkaitan etika, adab dan nilai-nilai baik yang bersifat lokal dan global oleh masyarakat Malaysia yang dilakukan secara sedar, konsisten dan berterusan.
  • Sungguhpun konsep lestari pada hari ini banyak diguna pakai dalam konteks pembangunan dan alam sekitar, namun konsep kelestarian ini juga yang sesuai dengan maksudnya boleh digunakan merentasi bidang seperti Etika dan Peradaban.


Terdapat 8 cabaran bagi kelestarian etika dan peradaban




CARA PENGGUNAAN BLOG



RUJUKAN

  • https://anyflip.com/fimpf/swvs/basic
  • https://tingkatanenam.blogspot.com/2018/07/kelestarian-alam-sekitar-maksud-kesan.html
  • https://www.researchgate.net/publication/305210204_KELESTARIAN_ALAM_SEKITAR_DAN_PEMBIAYAAN_TEKNOLOGI_HIJAU_DARI_PERSPEKTIF_UNDANG-UNDANG_SYARIAH
  • https://www.kosmo.com.my/2022/06/25/alam-flora-membudayakan-kelestarian-alam-sekitar/
  • https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/07/842264/kelestarian-alam-sekitar-petunjuk-kestabilan-ekonomi
Disediakan oleh:
  1. Jery Stegen Empam Anak Steward (20DKM20F1038)
  2. Gabriel Harry Anak Joseph (20DKM20F1035)
  3. Tay Nguang Poh (20DKM20F1047)

No comments:

Post a Comment

Kelangsungan kelestarian negara melalui etika dan peradaban (video)

 Video Disediakan oleh: Jery Stegen Empam Anak Steward (20DKM20F1038) Gabriel Harry Anak Joseph (20DKM20F1035) Tay Nguang Poh (20DKM20F1047)